31 DAYS CHALLENGE BY JDT BLOGGER | DAY 3 - GAMBAR DENGAN KAWAN.
DAY 3 | GAMBAR DENGAN KAWAN. Waaaa dah DAY 3. Hai hai semua. Jom kembali ke 31 Days Challenge by JDT Blogger. Okay kali nih topik dia gambar dengan kawan. Wuhuuu. Cakap pasal kawan, banyak jenis kawan kan? Ada kawan biasa biasa, ada kawan luar biasa, ada kawan baik tahap sampai ke Jannah. Well, Uyul decide nak tepek gambar kawan kawan baik Uyul untuk entry kali nih.
************************************************************
QUZAIMAH ISMAIL @ ABD MALEK
QUZA | Hok yang nih Quzaimah. Uyul panggil dia Quza. Quza muda dua tahun dari Uyul. Well kami kenal since Sem 1 Diploma lagi sampai lah ke saat ini. Hahaha. Masa Sem 1 takde lah rapat sangat. Masuk Sem 2 ke Sem 3 macam tuh start rapat. Mungkin sebab masa tuh kami decide nak satu group assignment. Dengan Quza nih simple je. Nak kata tak pernah gaduh, pernah juga berselisih pendapat. Yang membezakan dia dengan kawan lain, gaduh gaduh pun but still, boleh cakap macam biasa dah esoknya. Tapi sejak dah bertahun kawan nih, tak de lah pulak nak terkecik hati dengan dia. Tak tahu lah pulak kalau Quza ada terkecik hati dengan Uyul kan. Kami ni sebenarnya terpisah masa Degree. Since masa tuh Uyul sambung Degree, ingatkan sambung sekali dengan dia. Tup tup, dia sambung Diploma Medical Assistant kat Kedah nun di Utara. Menangis jugak lah weyh. Lagi lagi time Konvo Diploma tuh pun dia takde jugak. Uyul berharap sangat hubungan kami ni kekal sampai bila bila. Dah masuk tahun ke 7 berkawan.
************************************************************
NOR SYAFIQAH HANNA BINTI IBRAHIM
IKANA | Haaa, yang nih pulak Ikana. Kami sebaya. Supposely dia nih senior Uyul masa Diploma. Tapi kami kenal masa sama sama Degree. Dia satu kelas dengan Uyul. At the first place, kitorang tak pernah rapat pun masa Degree. Nak kata duduk lepak sama sama tuh, memang tak lah. Mungkin sebab jadual Degree lebih padat dari Diploma, dan Uyul pun busy sokmo dengan persatuan. Nak dijadikan cerita, kami start rapat bila Uyul clash dengan Ex Uyul, si Faizi tuh. Mungkin masa tuh zaman kejatuhan Uyul dan hanya dia je yang sudi nak dengar segala bagai masalah kita. Yelaaa, siapa je sanggup dengar kita nangis tiap masa bila rasa down habis kan. But now, kalau dia ada masalah, Uyul paling risau kalau tak dapat nak dengar segala luahan hati dia. Uyul cuma mampu berdoa semoga dia kuat hadapi masalah masalah dia.
************************************************************
MOHAMAD HELMI BIN ABDUL RAHMAN
HELMI | Haaa yang ini pulak Helmi. Dia sebaya dengan Quza. Kira muda 2 tahun lah dari Uyul. Well, kami berkawan pun sejak Diploma. Cumanya mula rapat masa Sem 4 ke Sem 5 camtu. Start study sama sama semua. Rapat masa tuh pun sebab Helmi ni classmate Ex Uyul, Si Cekeding Faizi tuh. Kiranya dia ni kawan lelaki paling lama lah kawan dengan Uyul. Helmi nih asal Kluang, Johor. Now dia dekat Kedah. Dekat Sg Petani. Hari tu jalan jalan Kedah, tak dapat nak jumpa dia. Oh yess apa dia buat kat Kedah? Dia business Ayam Goreng dan Bubur weyh. Adushh kalau hari tuh sempat jumpa mesti dapat rasa Bubur kan. Dah lah Uyul suka makan Bubur nak nak kalau ada Ayam Goreng yang lazat. Tak pe Mi, nanti kalau aku free free lagi aku mai Kedah jumpa kau eh.
************************************************************
ZURINAHIDAYAH BINTI JAMAL
KAK LONG | Yang nih pulak Kak Long. Kami sebaya. Kenapa panggil Kak Long? Tahhh dah terbiasa. Hahaha. Best jugak, dapat rasa ada kakak. Ekekekeke. Well Kak Long dah kahwin dan dah ada seketul Mia yang comel gebu macam Dibu. Hehehe. Macam mana perkenalan kitorang ek? Uyul kenal Kak Long masa pemilihan SMF BOSS. Kak Long terpilih untuk jadi SMF masa tuh. Nak dipendekkan cerita, masa tuh Uyul kena bawak anak buah pergi KPO. Program berbentuk pengurusan untuk semua SMF UiTM KBM. So masa tuh, lepas siapkan semua kejadah dokumen, Uyul bawak Kak Long ke program tersebut. Start rapat dari situ lah. Lepas dari Watikah Perlantikan SMF BOSS, Kak Long kena handle event dinner BOSS, adalah jugak tegur tegur bila jumpa kat kampus. Lepas berbulan bulan kawan, baru tahu Kak Long dah kahwin dan masa tuh dia tengah sarat mengandungkan dak tecik Mia tuh. So dia cuti 1 sem amik Cuti Khas. Tah macam mana contact Kak Long kat Twitter, kami jumpa balik masa Kak Long buat open house dekat rumah Mertua dia. Haaa sejak tuhhh lahhh Uyul rapat dengan Kak Long sampailah sekarang nih. Terima kasih Kak Long sebab jadi kakak untuk Uyul even I am older than you. Hehehe.
************************************************************
NABIHAH BINTI MANSUR
BABY BIA | Yang nih pulak Biaaaa! Hehehe. Kenapa Baby Bia? Yelaaa dia dah macam adik adik Uyul dah. Well, kenal dia serupa macam kenal Kak Long. Jadi makin rapat bila dia PM Uyul untuk tolong dia dalam study. Makin lama makin rapat. Sampai lah dah habis Degree pun masih rapat dengan Uyul macam Uyul rapat dengan Kak Long. Kalau dengan Kak Long dah rasa macam ada kakak, dengan Bia pulak merasa lahh kasih sayang seorang adik. Ecehhhh gituuuu. Biaaa nih dia kuat semangat orangnya. Mana taknya, sakit sakit pun masih kuat lagi habiskan Degree, siap dapat 4 Flat lagi untuk sem akhir. Auchhh. Inspiration sangat weyh. Now, Bia nih semakin galak berniaga barang makeup. Korang pergi Facebook Senyorita Bia Mansur, lepas tuh tengok segala hasil tangan makeover by Bia tuh. Kalau nak tahu, dengan Bia lah Uyul kenal segala mak nenek Foundation, Concelear bagai tuh. Hahaha. Alaaa sesekali makeup je pun bukan selalu. Hehehehe. Terima kasih Bia, sebab jadi adik yang terbaik untuk akak.
************************************************************
SITI AISYAH UMAIRAH BINTI SUDIN
EYCAK | Haaa yang nih pulak Eycak. Adoi tak tahu lah pasal apa nama sesedap terus jadi Eycak. Dia cakap ada sejarah zaman sekolah dia dulu. Hehehe. Okay Eycak nih sebenarnya Uyul kenal dari tahun lepas masa awal awal dia masuk kerja dekat MPS nih. So dah hampir 8 bulan macam tuh lah berkawan. Dia nih kira geng lepak makan lepas balik kerja camtu memandangkan Uyul nih tak ramai kawan dekat Batu Pahat ku yang permai ni. Eycak ni 22 tahun this year. Baru habis Diploma. Dengar dengar nak sambung Degree intake Mac nanti. Moga moga tercapailah impian kau nak jadi pendidik Eycak oi. Hehehehe.
Okay, sampai di sini sahaja entry Uyul kali ini.
******************************
Hye korang, jomlah follow IG Uyul, IG Shop Uyul dan IG Portfolio Uyul.
Jangan lupa LIKE Fanpage Redzney Creative Network.
Add sekali Facebook Uyul Rosli.
Rajin rajin lah SUBSCRIBE Youtube Channel Uyul
******************************
#jdtblogger #teambloggerjohor #31dayschallengebyjdtblogger
tetap cute, hehe
BalasPadamwww.neezalife.com