TAHNIAH CHARMS | MAJLIS MENANDATANGANI KERJASAMA PENYELIDIKAN ANTARA UTHM DAN CHARMS

TAHNIAH CHARMS | MAJLIS MENANDATANGANI KERJASAMA PENYELIDIKAN ANTARA UTHM DAN CHARMS. Bismillah. Assalamualaikum. Sekalung tahniah Charms. Berjaya menjalin kerjasama dengan pihak Universiti Tun Hussein Onn (UTHM) dalam menjalankan penyelidikan kandungan bahan dalam produk skincare mereka. Semalam, 19 Januari 2022 (Rabu), Uyul dan beberapa orang blogger dari Johor berkesempatan menghadiri Majlis Menandatangani Kerjasama Penyelidikan antara UTHM dan Charms. Majlis bermula jam 11:00 pagi dan berakhir pada jam 1:00 petang bertempat di Dewan Sultan Ismail, UTHM.




Bagi yang tak tahu apa itu Charms, Charms merupakan produk kosmetik dan penjagaan wajah yang terbukti secara saintifik, selamat digunakan dan ianya sangat efektif digunakan oleh lelaki dan wanita. Produk Charms dihasilkan daripada bahan-bahan selamat, bersih dan yang penting ianya halal mengikut syarak. Charms telah mendapat pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan bernotifikasi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Charms telah diperkenalkan sejak 2012 dan kian mendapat sambutan hangat saban tahun bukan sahaja dari Malaysia, malah Singapura, Brunei, Arab dan negara lain. Justeru itu, Charms ingin memberikan yang terbaik kepada pengguna dalam masa yang sama tidak akan mengabaikan kualiti produk dan yang penting mereka amat menitikberatkan soal keselamat produk.


Ucapan Perasmian oleh Timbalan Naib Canselor (Prof. Dr. Mohd Shahir Shamsir Bin Omar)


Penyelidikan ini diketuai Pegawai Penyelidik dari Pusat Pembangunan Penyelidikan akan menjalankan kajian analisa produk mengenai anti penuaan, komposisi kimia, kestabilan produk, tona kulit serta validasi halal terhadap kesemua produk penjagaan wajah Charms. Kajian ini akan mengambil masa 6 bulan sebelum keputusan ujian dikeluarkan. Pihak UTHM juga akan mengambil masa 18 bulan bagi menerbitkan jurnal berkaitan serta memasuki pertandingan produk kosmetik diperingkat kebangsaan mahupun antarabangsa. Keseluruhan kos Geran Penyelidikan yang berjumlah RM50,000 akan digunakan dalam menjayakan keseluruhan kajian ini.


Penyerahan Mock Cheque Charms kepada UTHM (Geran Penyelidikan)


Seramai 25 orang peserta yang terlibat dalam kajian ini sejak 1 November 2021. Kajian masih lagi berjalan sehingga dijangka berakhir pada April 2022. Menurut Ketua Pegawai Penyelidik, Puan Dr Norhayati Binti Muhammad, sehingga ke hari ini, hanya seorang sahaja daripada peserta yang menarik diri daripada penyelidikan ini. Kajian terhadap anti penuaan, komposisi kimia dan kestabilan produk telah dilakukan mengikut schedule. Manakala kajian antioksida dan analisis DNA masih di peringkat awal.


Pembentangan Kemajuan Kajian Penyelidikan oleh Ketua Geran Industri



PRODUK PENJAGAAN WAJAH YANG TERLIBAT




Terdapat 7 produk yang akan dikaji iaitu:

  1. Cleanser & Makeup Remover
  2. Star Glow Fairy Face Scrub
  3. Concentrated Brightening Toner
  4. Concentrated Hydrating Essence
  5. Intelligence Serum
  6. Hydra Fresh Tinted Moisturiser
  7. Advance Night Spa



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Charms, Puan Bashirah Binti Hussin yang mesra dipanggil Puan Shira, antara objektif kajian penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mendapat kepercayaan daripada pengguna sediaada dan bakal pengguna Charms di luar sana. Melalui pengalaman beliau sendiri, beliau berkata, terdapat banyak produk kosmetik dan penjagaan wajah diluar sana yang dihasilkan tidak menggunakan bahan-bahan yang selamat digunakan. Penggunaan merkuri dalam produk kosmetik dan penjagaan wajah akan memberi kesan jangka panjang seperti kanser dan barah. Puan Shira berkata, dengan kesedaran tersebutlah pihaknya membuat keputusan untuk melakukan kajian penyelidikan ini. Pihak Charms juga sangat berharap agar jalinan kerjasama ini sentiasa berterusan dan menjadi titik permulaan ke arah industri pengusaha produk kosmetik yang lebih baik.




Untuk pengetahuan korang, selepas Majlis Menandatangani Kerjasama Penyelidikan ini, pihak media daripada TV3 dan TV Al Hijrah telah melaksanakan sidang media bersama pihak UTHM diwakili oleh Timbalan Naib Pengerusi dan Ketua Penyelidik serta Puan Shira sendiri. Korang boleh tonton sidang media ini di TV3 pada 20 Januari 2022 jam 8:00 malam serta di TV Al Hijrah saluran 1114 pada 21 Januari 2022 jam 8:00 malam. Ayuh depan TV malam ni ya!





Gambar kenangan satu kali dengan blogger blogger Johor.


Bersama Kak Juju, Nur dan Shu dari JDT Blogger.


Sempat juga Uyul bergambar dengan Puan Shira selepas sesi temubual bersama beliau.




Tiada ulasan:

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.