SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM BANTU MASALAH DAGU BERLAPIS

SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM BANTU MASALAH DAGU BERLAPIS | Perasan tak sesetengah wanita sangat risau dan khuatir akan penampilan diri, bukan sahaja dari segi berat dan bentuk tubuh badan. Malahan dagu berlapis juga akan menjadikan kita sebagai wanita yang mementingkan kecantikan ni menjadi gusar dan risau sentiasa.




PUNCA  MASALAH DAGU BERLAPIS

Tahu tak korang, apa yang menyebabkan dagu berlapis? Dagu berlapis juga dikenali sebagai lemak submental iaitu lapisan lemak yang terbentuk di bawah dagu. Antara punca masalah dagu berlapis ini adalah faktor genetik. Sesiapa sahaja yang mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit genetik yang menyebabkan masalah keanjalan kulit seperti dagu berlapis, berisiko untuk mengalami masalah yang sama.

Selain faktor genetik, kulit yang kendur akibat daripada penuaan juga boleh menyebabkan masalah dagu berlapis. Kulit boleh kehilangan keanjalannya seiring dengan pertambahan usia. Kulit yang kurang ketegangan atau kendur akan mengakibatkan terjadinya masalah lemak di garis rahang.

Antara faktor lain adalah disebabkan oleh diet pemakanan dan berat badan. Makanan yang tinggi kalori, makanan yang diproses dan kandungan lemak yang tidak sihat boleh mempengaruhi kenaikan berat badan sekaligus masalah lemak di bahagian dagu.


CARA MENGATASI MASALAH DAGU BERLAPIS

Antara cara untuk mengatasi masalah dagu berlapis adalah dengan melakukan 6 latihan seperti di bawah:

  1. Latihan Bola - Letakkan bola berukuran 9 sehingga 10 inci di bawah dagu anda. Kemudian, tekankan dagu anda ke bawah bola dan ulangi senaman ini 25 kali setiap hari.
  2. Straight Jaw Jut - Condongkan kepala anda ke arah belakang dan lihat ke arah siling. Kemudian, tolak rahang bawah anda ke hadapan untuk merasakan regangan di bawah dagu. Kekalkan kedudukan rahang selama 10 kiraan dan rehatkan rahang anda serta kembalikan kepala anda ke posisi yang neutral.
  3. Regangan Lidah - Melihat lurus ke depan, kemudian julurkan lidah anda sejauh mungkin dan angkatkan lidah ke atas dan ke arah hidung anda. Seterusnya, tahan posisi ini selama 10 saat dan lepaskan.
  4. Regangan Leher - Condongkan kepala ke arah belakang dan melihat siling. Kemudian, tekan lidah anda ke arah lelangit mulut anda. Tahan posisi ini selama 5 sehingga 10 saat dan lepaskan.
  5. Bottom Jaw Jut - Bermula dengan mencondongkan kepala ke belakang dan lihat siling. Pusingkan kepala ke arah kanan dan gerakkan rahang bawah anda ke hadapan. Kemudian, tahan posisi ini selama 5 sehingga 10 saat dan lepaskan. Ulangi proses tersebut dengan kepala anda berpusing ke belah kiri.
  6. Diet dan Senaman - Sekiranya dagu berlemak anda berpunca daripada kenaikan berat badan, penurunan berat dapat menjadikannya lebih kecil atau menghilangkannya secara total. Cara terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan makan makanan yang sihat dan bersenam secara teratur.
Sumber: HelloDoktor




HILANGKAN MASALAH DAGU BERLAPIS DENGAN SAFI YOUTH GOLD (SYG)


Produk Safi adalah satu jenama terkenal di Malaysia dan merupakan jenama kosmetik dan penjagaan wajah No.1 di Malaysia yang mendapat pengiktirafan HALAL oleh JAKIM. Safi telah mengeluarkan satu produk penjagaan wajah rangkaian Safi Youth Gold (SYG) dimana telah menggantikan Safi Rania Gold (SRG). Fuhhh Safi Rania Gold tu dah ada sejak Uyul sekolah menengah lagi tau. SYG ini sememangnya adalah untuk rawatan pemulihan wajah bagi pengguna yang mempunyai masalah penuaan dan formulasi baru yang menggantikan SRG dengan harga mampu milik.

Safi Youth Gold ini didatangkan dengan dua produk baru iaitu SYG Lifting 24K Serum Cleanser dan SYG Lifting Golden C Duo Serum. 

SYG Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum


SYG Lifting Golden C Duo Serum


Kalau malas sangat nak buat 6 latihan yang Uyul sebutkan di atas tu, korang boleh apply sahaja SYG Lifting Golden C Duo Serum ini. Ianya merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur sebanyak 50% dalam masa 15 minit sahaja. Fuhhhh powerkan? 


Nampak tak dagu berlapis Uyul tu? Memang patut cuba SYG Lifting Golden C Duo Serum ni kan?


Serum ini diformulasikann dengan Teknologi Golden C-Lift, kombinasi Vitamin C dan Nano Emas 24K yang lebih berkesan daripada Vitamin C biasa. Malah teksturnya yang ringan dan pantas meresap membuatkan kulit tidak melekit atau berminyak apabila di sapu di kulit wajah kita.


Tekstur nampak pekat tapi sebenarnya bila sapu di wajah, ringan dan mudah meresap.
Kulit pun tak berminyak.


Selain itu, serum ini diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives iaitu gabungan Golden C dan Ceramide 3 untuk °7 Dimensi Pembaharuan Keremajaan Kulit iaitu:
  1. Menegangkan kulit.
  2. Meningkatkan keanjalan.
  3. Mengurangkan garis halus & kedutan.
  4. Meningkatkan kelembapan kulit.
  5. Melindungi kulit dari pengoksidaan.
  6. Meningkatkan kehalusan kulit.
  7. Memperbaiki kulit rosak.


SYG Lifting 24K Serum Cleanser


SYG Lifting 24K Serum Cleanser
 

Nak dapat kesan yang lebih ketara, mari gunakan bersama dengan SYG Lifting 24K Serum Cleanser. Pembersih wajah diformulasi dengan 24K serum emas yang lembut dan menganjal. Mengandungi bahan aktif yang mengembalikan keremajaan iaitu Triple Gold, Asid Hialuronik Super dan formulasi Anti PM2.5 dapat membersih dengan lembut sambil menghidrat secara intensif dan menganjal agar kulit tampak lebih halus, terhidrat dan anjal. 

Teknologi Golden C-Lift menggabungkan bahan-bahan dengan kuasa anti-penuaan dan menganjal Golden C dan Nano Emas 24K yang dapat meresap jauh ke dalam lapisan kulit untuk merawat secara mikro, menegang dan menganjalkan kulit matang, menjadikannya lebih awet muda, tegang dan anjal.




Antara kandungan yang terdapat dalam SYG Lifting 24K Serum Cleanser: 
  • Golden C – Antioksidan yang melindungi kulit dari pencemaran luaran merbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan menggalakkan regenerasi kulit.
  • Nano Emas 24K – Mengembalikan ketegangan dan menghaluskan tekstur kulit untuk kulit yang lembut dan anjal.
  • Triple Gold – Melindungi kulit dari radikal bebas, meningkatkan keanjalan kulit dan menaikkan seri wajah.
  • Asid Hialuronik Super – Mengunci kelembapan kulit dengan berkesan, menghidrat dengan intensif dari dalam dan meningkatkan keanjalan kulit agar terhidrat dan anjal.


Tak perlu guna banyak pun, buih nya juga tidak keterlaluan.




JOM DAPATKAN RANGKAIAN PRODUK TERBARU SAFI
(SAFI YOUTH GOLD)

Jom dapatkan produk Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum pada harga RM59.00 dan Safi Youth Gold  Lifting 24K Serum Cleanser pada harga RM19.80 di semua cawangan farmasi Watsons, Guardian, Aeon Wellness dan Caring serta serta secara online di kedai rasmi Wipro Unza di Shopee dan Lazada.


Untuk maklumat lanjut korang boleh pergi ke link bawah ni:


Instagram: @safimalaysia
Facebook: Safi

Tiada ulasan:

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.