NGETEH LEPAS OFFICE HOUR DI D'QASEH

NGETEH LEPAS OFFICE HOUR DI D'QASEH | Salam. Kisahnya semalam lepas balik dari kerja nak kena ke Pejabat Pos. Biasalah awal bulan kan nak pos Statement of Account untuk defaulter. Disebabkan sejak dua tiga bulan nih memang tumpang kereta Redza untuk ke tempat kerja, so dia cakap pergi Pejabat Pos area Perling dah alang alang nak sangat makan keropok lekor kan.

Biasanya memang akan lepak D'Qaseh sebab dekat dengan rumah Uyul. So disebabkan masih awal lagi, dan perut pun masih kenyang lagi. Uyul order keropok lekor dan jus tembikai. Redza pulak macam biasa Nes dia tak sudah dan jugak tauhu bakar. 




Budaya melepak lepas office hour nih memang dah selalu sangat dah Uyul buat. Cehhh, dari zaman kerja dekat MPS Batu Pahat lagi kalau nak tahu. Lepas kerja je mesti lepak dengan officemate. Bukan lah melepak untuk buang masa suka suka. Orang kata, melepak untuk lepaskan stress weyh. Ye laaaa satu hari kerja kan. Kalau dulu balik rumah ada Mak Abah dan adik adik. Duk JB  nih kalau balik kerja terus balik rumah, memang tepu lah otak. Sebab dekat rumah bukan ada buat apa pun.

Tapi Uyul biasanya melepak dengan kawan kawan takde laa borak sakan pun. Masing masing anti sosial gak. Duk pegang handphone, masing masing madah skrol socmed. Cuma kalau melepak dengan Redza, ada lah topik dia. Selalunya akan share problem dekat site masing masing ah. Then sama sama cerita pasal kerja masing masing. Yelaaa dah bidang yang sama kan, Uyul ni pulak dah lah tak ramai officemate so memang Redza je laaa yang selalu jadi mangsa Uyul share everything pasal kerja.

Oh yes, Uyul baru je 3 bulan kerja di Johor Bahru nih. Dan Redza pulak baru join company yang Uyul kerja selepas 1 bulan Uyul on the board. Kiranya kami ni satu company cuma lain lain site je. So now my current majikan doing property management business. Bidang nih baru bagi kami. Uyul as Admin Executive, manakala Redza as Building Executive. Dalam bidang sekarang nih, lebih kepada manage property dan site Uyul lebih kecil compare dengan site Redza. Of course lahh dari segi workload, site Redza lebih banyak which is 944 units compared to my  site, only 120 units to be handled. 

Nampak je macam site Uyul tuh kecik dan tak banyak kerja tapi jangan tak tahu, job scope Uyul lagi banyak dari Redza. And ofcourselah sebab site Uyul tak banyak staff. Hanya ada Admin dan Building Executive. Site Redza pulak 3 level hierarchy ada kau. Manager ada, Building Exec ada, Admin Exec 2 orang, Defect Team lagi. Haaaa lagi seronok ahh kerja ramai ramai. Kita nih duk kerja berdua, dia punya stress tuh Allah je laaa tahu. Lagi lagi kalau abang Zali cuti, Uyul sorang sorang, memang tepu lah hidup nih.

Thats why lah, selalunya Redza akan teman Uyul. Gila weyhh dah laaa tak ramai kawan kat JB nih. Lepas tuh officemate pun sorang tu je la. Orang kata me time lepas office hour tuh takde. Nasib baik mamat sorang nih nak laaaa jugak teman kita ke sana ke mari. Kalau craving nak makan apa pun, memang paksa dia teman jugak. Dont care! Hahaha.

Tapi tuh laaa. Status dia sebagai Ex Uyul tuh laaa yang buat susah orang lain nak terima dek akal. Bak kata dorang once Ex forever Ex. Bila dah jadi Ex pergi mampus lah kau nak jadi apa. And orang sekeliling memang tak boleh in kalau Ex rapat dengan Ex. Yang dia tahu cakap Uyul tak reti move on bagai. Alahai. Payah gini awak. Kita ni tak ramai kawan kat sini, duk office sorang sorang pun stress sorang sorang. Boleh botak kepala nih sebab stress dan migrain tak helok helok. Tapi tu lah kan malas nak fikir apa orang kata.



Kita adalah apa yang kita fikirkan. Kalau orang tak boleh terima siapa kita, buat dunno je la. Kita tahu apa kita buat, dan apa kita nak dalam hidup. So chill ahh. Alaaa melepak je pun.



Regards,
Uyul Cantik

5 ulasan:

  1. menu 2nd tu nampak sedap la

    BalasPadam
  2. perghhh semua menyelerakan :D

    BalasPadam
  3. assalamualaikum uyul...sedapnya tengok...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  4. wehh selena gomez pon boleh rapat je dengan justin bieber.tiberrr. EX KE??tanyaa jerr.hahahhahaa..

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.