TEXAS CHICKEN JB YANG PERTAMA DI JOHOR

TEXAS CHICKEN JB YANG PERTAMA DI JOHOR | Salam. Haihlahhh Uyul. Dah tahu kena pantang makan ayam, tekak tuh teringin jugak laaaa nak ayam goreng ye. Boleh makan, bukan tak boleh. Tapi Uyul hanya nak kurangkan pengambilan ayam. Tapi yela, dah terperasan pulak dekat Facebook ada pembukaan cawangan terbaru Texas Chicken. Texas Chicken JB yang pertama di Johor okay. Mestilah kena try! Madah Mcd, KFC sokmo. Nak jugak try fast food yang lain.



Untuk pengetahuan korang, Texas Chicken di Johor Bahru yang terletak di City Square merupakan Texas Chicken pertama di Selatan Tanahair dan merupakan cawangan ke 48 di Malaysia. Ia dikendalikan oleh pemegang francais utama Envictus International Holdings Limited (Kumpulan Envictus), Texas Chicken kini bersedia untuk menyajikan hidangan menu lazat yang pasti menambat hati penduduk Johor Bahru serta pelancong dari Singapura. Walaupun agak tak gemar nak ke City Square tuh, kita gigihlah park kereta dekat Komtar tau.

Antara maklumat lain yang dikongsi yang Uyul tahu, restoran Texas Chicken di Pusat Beli-Belah City Square Johor Bahru merupakan rancangan pertama bagi Selatan Malaysia dengan pembukaan seterusnya di Pusat Beli-Belah Southkey Mid-Valley. Kumpulan Envictus kini mengendalikan restoran Texas Chicken Malaysia di Lembah Klang, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.



Kalau korang nak tahu, menu popular yang boleh didapati di sini adalah Ayam Goreng Spicy yang diperap dua kali dan disalut tepung (hand-breaded) bagi mengekalkan kerangupan rasanya. Menu yang turut menambat hati pelanggan adalah Biskut Mentega-Madu (Honey-Butter Biscuit) yang dibakar segar setiap hari. Selain itu, Texas Chicken turut menyajikan menu kegemaran lain seperti Tenders, Mexicana Wrap & Burger, Jalapeno Bombers, Strawberry Shortcake serta banyak lagi. Jom tengok satu satu hidangan di Texas Chicken nih.



Coleslaw nih Uyul tapau bawak balik dan masukkan dalam peti ais. Suka makan sejuk sejuk. Rasa dia lebih kurang macam coleslaw KFC.



Bubur nih Uyul tak jamah. Tapi tengok macam sedappp hoi! Kena cuba nextime!



Mashed Potatoes dia sedap yakmatt weyhh. Rasa gravy dia umppphhh! Siap boleh cicah makan ayam lagi.



Tenders nih pun sedap. Korang kena cuba! Macam Uyul cakap, Uyul tak berapa gemar ayam. So rasa dia lebih kurang ayam goreng tuh laaaa cuma takde tulang. Haha.



Jalapeno Bombers nih Uyul tak rasa pulak. Nanti nextime kita pi lagi laaa eh.



Perghhh ini paling kena repeat eh! Crunchy Jalapeno Wrap! Padat mampat!



Crunchy Jalapeno Burger nih korang tengok lah penuh isi dia. Besor nauzubillah. Makan sebijik kenyang 2 hari! hahaha.



Cheese Fries nih biasa je rasa dia. Alaaa macam goreng kentang segera tuh. Buh laaaa cheese dan mayonis. So so ahh.



Dekat sini ada 3 jenis ayam. Original, Spicy dan Keju Berapi. Hmm. Mungkin sebab Uyul tak gemar ayam goreng, ya diulangi tak gemar ayammmmmm goreng. Jadi Uyul rasa ayam goreng dia biasa biasa je. Mcd ke KFC ke pun rasa lebih kurang. Cuma kalau antara tiga jenis tuh, ofcourse lahhh Keju Berapi yang paling sedap. Hahaha, lain orang lain tekak dia. Korang kena cuba sendiri.




Haaaa ini diaaaa yang paling digemari. Cubit sikit terus jatuh cinta. Ini lah dia Honey-Butter Biscuit dan Raisins Biscuit! Perghh nama je biskut tapi lembut yakmat. Dia tak panggil roti okayyy dia memang panggil biskut. Hahaha Uyul pun mula mula pelik gak ahhhh. Tapi dah dia kata biskut, kita panggil biskutlahh eh. 




Nak kena order 2 set lain kali. Ayam kita suruh Parzival je habiskan. Hahahahah.


Lagi bestttttttt semua jenis air dia REFILLABLE! Mana nak dapat kat Fast Food Restaurant lain weyhhhhhh. Minumlah seberapa banyak awak nak minum. Jangan terkencing kencing udahlahhhh.


JOM KE TEXAS CHICKEN JB! 

Awak awak semua yang kerja area bandar JB tuh, meh lahh singgah City Square. Tapi itulahh, Uyul pi waktu lunch hour, hmm emangnya kena queue panjanglahhhh awak.

Johor Bahru City Square
Lot J3-21, Level 3,
106-108, Jalan Wong Ah Fook,
80000 Johor Bahru, Johor

So, ada sesiapa nak teman Uyul lunch di Texas Chicken esok?

8 ulasan:

  1. Astaghfirullah, sedap bebenorrr nampakkk !
    X pernah try, maybe one day......menggoda woi !

    BalasPadam
  2. Esok? Bukan ke nak makan lunch kat Swiss Inn oii...hahahaha next time le kita gi hahahaha

    BalasPadam
  3. patutlahh ayam haritu bagi dekat ain.hahahhaa..ain pon bedal je lahh.hahhahhaa..

    BalasPadam
  4. adoiiii... pepagi datang sini... terasa perut berkeroncong....

    BalasPadam
  5. Dekat sini tak ada lagi..kalau ada nak juga try

    BalasPadam
  6. semua sedap..mashed potatos dia memang best sangat²

    BalasPadam
  7. honey butter bread dia fav sangat! Crunchy sedap

    BalasPadam
  8. sedapnya lahai..macam-macam menu.
    Janji Kita

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.