LITTLE INDIA MAKANS KITCHEN DOUBLETREE BY HILTON KEMBALI LAGI UNTUK PENGGEMAR MAKANAN INDIA

LITTLE INDIA MAKANS KITCHEN KEMBALI LAGI UNTUK PENGGEMAR MAKANAN INDIA | Salam. Hai korang semua. Ada yang suka lepak mamak tak? Semestinya yang lepak mamak ni ada yang memang menggemari makanan India bukan? Okay Uyul nak bagitahu berita tergempar. DoubleTree by Hilton dah buat comeback untuk Makan's Kitchen khas untuk penggemar makanan India. Regular customer dekat sini mesti kenal dengan Chef Rajendra yang diimport khas dari negara India. Little India Makan's Kitchen kembali lagi untuk penggemar makanan India. Jangan risau semua halal ye kawan kawan. 



Untuk pengetahuan korang, rempah ratus yang digunakan dalam masakan pada promosi Little India kali ini sangat berkualiti demi menjaga keenakan dan kelazatan setiap signature dish yang dibawakan oleh Chef Rajendra. Sesiapa yang pernah merasa air tangan Chef Rajendra pasti tahu apa kehebatan masakan beliau.



Kat bawah nih antara menu yang akan dihidangkan sempena promosi Little India sepanjang bulan Julai 2018. 



Semasa Uyul berkunjung di DoubleTree by Hilton baru baru ini untuk promosi Little India, memang sengaja mengenakan OOTD yang selari dengan tema. Kebetulan ada Kurti je, haa pakai lahhh kan. Baru feel nak makan masakan India.





Yang atas nih Uyul lupa lahh apa. Tapi kuah dia memang pekat lazat. Boleh dihidangkan dengan Roti Naan dia. Cicah memang sedap wooo.

Dhall Thadka



Dhall Thadka semestinya antara menu wajib. Kelazatan dia memang tak terkira weyh. Tapi sebab Uyul tak mampu nak makan banyak banyak sebab kalah dengan rempah yang digunakan. Kalau korang tengok pun, kuah Dhal tuh sangat pekat.
 

Ya Tuhan. Squid Pakora nih memang sedap weyhhh. Kita dah laa suka Seafood. Nak nak dapat sotong macam nih pulak. Tepung untuk gorengan sotong tuh sangat sedap, terasa segala rempah. Selalu kalau goreng tak nampak rupa. Ini korang tengok, very the details chuols. Fuhhh sedapnya sampai ke hari ini terasa duhh.


Haa Meatball nihhhh semesti wajib weyh!! My always favourite kalau datang ke DoubleTree by Hilton nih. Ehh bebola dia padat tau. Siap dengan kuah sekali tuh. Serious sedappp gilosss.



Yang atas nih pulak ialan Tandoori Chicken. Uyul pulak memang penggemar ayam Tandoori. Haaa tak lepas peluang mencuba keenakannya. Perah pulak dengan limau, wowwww rasa dia memang pedepawww!






Yang atas ni pula 'Chana Onion Salad dan Aloo Chat'. Juga dihidangkan bersama mint sauce, cocumber raita, lime and onion ring, mango chutney dan juga papadom. Semua salad ni memang biasa ada dalam setiap menu masakan India. Salad tuh Uyul tak try pula. Tapi Parzival kata sedap woi. Nyesal tak amik. Hahaha.

Banyak lagi sebenarnya menu yang dihidangkan. Tapi Uyul sekarang perut nih mudah penuh lahhh gais. Dapat jamah sikit sikit pun jadi lahhh hahahaah. Kononnya on diet. Tapi sebuk nak jadi #FoodieBlogger. Kahkahkah.



Dengan Papadom pun dia beriya makan tau. Ya ampun Uyul. Hahahah. Dah dahhhh. Jom tengok apa yang Uyul makan petang tuh! Meriah tak meriah pinggan kita kan.



Dah dah korang semua pergi Double Tree by Hilton Johor Bahru di Makan 's Kitchen untuk:

LITTLE INDIA - MAKAN's KITCHEN
Featuring Chef Rajendra

Beralamat:
12, Jalan Ngee Heng,
Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Contact: 07-268 6868

Promosi Little India ini bermula dari 1 Julai sehingga 31 Julai 2018. 
Dari jam 6.30 pm hingga 10.30 pm
Setiap Ahad hingga Khamis. 

Harga RM102nett per/pax

Jangan lepaskan peluang!

7 ulasan:

  1. Hahahahaha akhirnyaaaa..
    Jom lepaks jommmm...

    BalasPadam
  2. wahhhh sedapnya semua! Terliur tengok meatball dengan squid pakora tu

    BalasPadam
  3. comell betull uyull mengangggaaaaa tuuuu....sweet angatt.tiberrrr..

    BalasPadam
  4. amboi uyul.. makan papadom pun excited ye.. haha.. akak suka makan nan cheese...

    BalasPadam
  5. Menarik! Kalau turun Johor nanti kena cuba ni.

    BalasPadam
  6. wow..meriah makanan.makanan india pun dah sama macam makanan melayu. jom kita pegi doubletree..uyul blanje

    BalasPadam
  7. sedapnya yul,rugi pulak tak join hari tu..tengok semua cukup perasa tu...yummy

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.