RUMAWIP | RUMAH MAMPU MILIK WARGA WILAYAH PERSEKUTUAN

RUMAWIP | RUMAH MAMPU MILIK WARGA WILAYAH PERSEKUTUAN. Salam. Korang pernah tak terbayang akan memiliki rumah sendiri suatu masa nanti? Sejujurnya lepas tamat belajar, Uyul pun ada mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri, orang kata yang mampu milik. Siapa je tak mahu ada kerjaya bagus bagus, ada kereta sendiri, bahkan ada rumah sendiri. Punyalah berangan, ada rumah nanti nak hias rumah cantik cantik. Nak deco ruang tamu berkonsepkan minimalis. Kalau boleh nak beli perabot warna putih semuanya. Alaaa kalau pergi IKEA korang nampak kan deco dekat showroom tuh camne, minimalis dan kemas je. Eh dah terberangan pulak. Padahal rumah pertama taka da lagi dah berangan.



Cakap pasal rumah pertama, Uyul ada lah jugak mengGoogle mana tahu ada peluang nak dapatkan rumah pertama di usia muda kan. Yelaaa semua orang berebut kot nak ada rumah sendiri. Kalau orang lain heboh nak memiliki kereta berjenama, Uyul pulak nak ada rumah sendiri. Maklumlah kereta tuh bukan asset tapi ianya liabiliti. Kalau rumah nih, tentu tentu asset kita dan korang pun tahu harga rumah memang takkan jatuh.

Tapi yela, zaman sekarang nih, dengan keadaan ekonomi Malaysia yang agak kritikal, graduan graduan macam Uyul, yang bergaji bawah RM2,500, mana mampu nak memiliki rumah. Nak nak kebanyakannyaa mahal semuanya. Namun, ada satu berita baik yang Uyul nak kongsi dengan warga Wilayah Persekutuan. Hasil dari aktiviti mengGoogle, wahhhh ada satu program yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu golongan belia mendapatkan rumah pertama mereka dengan harga rendah yak mat. Kalau korang nak tahu, program tersebut adalah program RUMAWIP.

Jom! Uyul nak kongsikan dengan korang semua maklumat tentang RUMAWIP yang mungkin korang tak tahu.



APA ITU RUMAWIP?

RUMAWIP adalah singkatan kepada Rumah Wilayah Persekutuan dan merupakan. Ianya diwujudkan untuk menggariskan hala tuju serta dijadikan asas kepada pihak berkuasa tempatan dan juga pemaju dalam merancang serta membangunkan rumah mampu milik.


GOLONGAN SASARAN

Sejajar dengan objektif dasar RUMAWIP yang menyediakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana dan rendah yang menetap di kawasan Wilayah Persekutuan. Ya, sasarannya hanya tertumpu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja. Sobs sobs sobs, sedih pulak sebab Uyul kan warga Johor. Memang sah sah tak dapat memohon.

Untuk pengetahuan korang, sebanyak 80,000 unit rumah mampu milik akan dibina menjelang tahun 2020. Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebanyak 50,000 unit akan dibangunkan, 20,000 unit di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan 10,000 unit pula di Wilayah Persekutuan Labuan.


KATEGORI RUMAWIP

RUMAWIP hanya untuk pemilikan rumah pertama sahaja dan ianya mensasarkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Terdapat 3 kategori rumah mampu milik yang ditawarkan iaitu studio atau 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik. Ianya adalah bentuk rumah berstrata. Untuk memohon, pendapatan isi rumah adalah pendapatan kasar (termasuk gaji dan elaun-elaun lain) untuk isi rumah (suami dan isteri sahaja).

Kenapa murah sangat RUMAWIP nih? Korang mesti terkejut kan sebab harga yang ditawarkan tak masuk akal. Untuk pengetahuan korang, RUMAWIP telah disubsidikan oleh kerajaan untuk membantu golongan golongan belia macam Uyul yang mahu memiliki rumah sendiri.

Harga yang ditawarkan bermula dari RM52,000 sehingga RM300,000. Korang boleh refer pada table dibawah ini untuk lebih paham.



SYARAT KELAYAKAN UNTUK MEMOHON RUMAWIP


Warganegara Malaysia berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ketika permohonan dibuat dan dilahirkan, bermastautin atau bekerja di Wilayah Persekutuan.

Pendapatan isi rumah yang layak memohon RUMAWIP adalah tidak melebihi RM10,000 sebulan bagi pemohon bujang/tidak berkeluarga atau RM15,000 sebulan bagi pemohon yang telah berkahwin.

Keutamaan kepada yang belum memiliki rumah di Wilayah Persekutuan dan pembeli hendaklah mendiami rumah yang dibeli, ia tidak boleh disewakan kepada pihak lain

Pemohon dilahirkan atau menetap atau bekerja di Wilayah Persekutuan sahaja.

Pemohon tidak diisytiharkan muflis.



CARA MEMOHON RUMAWIP

DAFTAR ONLINE
Pemohon hendaklah mendaftar terlebih dahulu di portal RUMAWIP. Pemohon perlu mengemaskini profil selepas berjaya mendaftar.

BUAT PERMOHONAN
Pemohon yang berdaftar akan dimaklumkan melalui emel apabila permohonan dibuka. Log masuk dengan ke portal RUMAWIP menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan, klik pada menu PERMOHONAN.

TUNGGU KEPUTUSAN
Kalau korang layak untuk memohon, korang akan diminta mengemukakan dokumen sokongan yang disenaraikan di portal RUMAWIP.

CABUTAN UNDI
Surat Tawaran Pembelian akan dikeluarkan oleh pemaju

DAPATKAN PINJAMAN
Proses akhir, pemohon dikehendaki membuat pinjaman bank.




JOM MOHON RUMAWIP

Mudah je kan nak mohon RUMAWIP? Bagi yang menetap dekat Kawasan yang terlibat, lekas lekas lah memohon. Pakkal je Uyul warga Johor dan takde niat nak menetap disana memandangkan keluarga semua di Johor, kalau tak sekarang jugak Uyul mohon tau. Maklumlahh siapa tak nak ada rumah sendiri kan? 

12 ulasan:

  1. Jom-jom jangan lepaskan peluang ni. Rugi sangat kalau tak ambil sekarang ni

    BalasPadam
  2. k.fiezz dh register kat RUMAWIP ni..nak cari yg bersesuaian dengan bajet..klu tengok rega rumah ikut pasaran kat luar dari developer private, semua main million-million...RUMAWIP je yg mampu...

    BalasPadam
  3. Semua orang ada impian nak ada rumah sendiri. Tapi bila tengok harga terus tak jadi nak beli sebab harganya lebih dari mampu. Bila ada program macam ni dapat juga merealisasikan impian golongan yang kurang berkemampuan nak beli rumah.

    BalasPadam
  4. Siapa yg layak tu cepat2 la apply

    BalasPadam
  5. Cantik design RUMAHWIP lokasi pun stategik

    BalasPadam
  6. Terbaek program sebegini..harapnya diperbanyakkan lagi.

    BalasPadam
  7. peluang yang bagus ni, ye la kan, nak beli rmah zaman sekarang pun susah juga.

    BalasPadam
  8. Cantik rumah ni, kawasan strategik plak tu.. rugi warga KL kalau x mohon :)

    BalasPadam
  9. Harga rumah murahnyaaa!! Untunglah

    BalasPadam
  10. harap ambil peluang ni..rumah rumawip pun lawa..jeles kita org perak aka penang haha

    BalasPadam
  11. Syoknyerr golongan beliakt KL ni kan

    BalasPadam
  12. boleh dikatakan luas jugaklah bila tengok gambaran rumah tu...rugi lah sape yang tak mohon tu kan

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.