KESEDAPAN KFC NACHO CHEEZY CRUNCH TAK DAPAT DISANGKAL

KESEDAPAN KFC NACHO CHEEZY CRUNCH TAK DAPAT DISANGKAL | Salam. Wahh meriah semua orang ehh mencuba Nasi Lemak McDonalds. Uyul lepas tertipu dengan sambal Nasi Lemak Burger dia, terus tak nak dah cuba Nasi McDonalds dia hahahah. Adoi. Tapi tuh laaa tuari sebelum puasa kemahin craving nak makan ayam. Dah terbayang bayang dah KFry weyh. Sekat nafsu lagi sebab tahu tak boleh makan ayam sangat.

Dah alang alang masa tuh kami ke Sutera Mall, merayu laa dekat Parzival, nak sangat makan ayam. Haaa, mintak gak kat dia nak makan Ayam McD. Tapi tuh laa dah nampak KFC kat Sutera Mall, Parzival pun dah onnnn bagi kite makan ayam. Hahahah. Kemahin macam Upin Ipin dapat Ayam.

Masuk je KFC, terus tengok menu apa yang baru. Wahhh ada menu baru Nacho Cheezy Crunch! Apa lagi terus order dua set. Uyul seperti biasa, "KAKKKKK! Nak ayam besar ek!"



Mehhh nak tunjuk petikan akhbar dari Berita Harian bertarikh 13 Mei 2018,

*********************************************************************************
KFC Malaysia memperkenalkan produk ayam goreng terbarunya, KFC Nacho Cheezy Crunch, khusus kepada peminatnya sepanjang musim Ramadan ini.

Naib Presiden Kanan KFC Malaysia, Ling Mee Jiuan, berkata hidangan masa terhad itu menyajikan sesuatu yang berbeza dengan kombinasi kerangupan nacho bersama keju jalapeno lazat yang pasti menambat hati setiap penggemar ayam goreng di luar sana.

Beliau berkata, kerangupan yang tiada tandingan pada hidangan KFC Nacho Cheezy Crunch berkenaan dihasilkan daripada lapisan kepingan nacho yang digoreng keemasan bersama ayam KFC Hot & Spicy.

"Kami membawakan inovasi terbaru ini khas buat pencinta ayam goreng yang sentiasa mengidamkan lebih keju dan kerangupan.

"Ayam Hot & Spicy kegemaran ramai disalut sempurna dengan kepingan nacho, dihidang pula bersama sos Keju Jalapeno menghasilkan kerangupan yang tiada bandingan," katanya dalam kenyataan di sini.

Katanya, bersempena dengan bulan Ramadan yang bakal tiba, pihaknya berharap Nacho Cheezy Crunch dapat membawa keceriaan kepada pelanggan serta keluarga masing-masing terutam ketika berbuka puasa.

KFC Nacho Cheezy Crunch boleh didapati di dalam kombo dua dan tiga ketul ayam.

Bermula daripada RM14.90, setiap kombo didatangkan bersama sos Keju Jalapeno, hidangan sampingan KFC iaitu kentang putar dan coleslaw, serta minuman SJORA. Dapatkan KFC Nacho Cheezy Crunch di setiap restoran KFC seluruh Malaysia bermula 8 Mei ini, sementara stok masih ada.

*********************************************************************************


Fuhhh Uyul dapat seketul ayam yang besar, makan seketul je. Selebihnya sumbat dalam perut Parzival. Hahaha. Cukuplahhh. Dah kena pantang makan dahh. Tak boleh nak beriya makan. Kata nak kurus. *padahal doktor suruh kawal pengambilan ayam berlebihan. sobs sobs*

Korang jangan lupa cuba okay!!! Sedapppppplahh jugakkk!


Regards,
Uyul Rosli // Uyul Cantik

6 ulasan:

  1. Cissss menyelerakan sekali. Sis hrtu makan KFC bole lupa order KFC yang baru ni huhuhu...nanti esok-esok nak belilah..

    BalasPadam
  2. yul sedap eh.. adoiii..nak try lah..

    BalasPadam
  3. miza pun dah lama tengok ayam ni,ya ampunn sedappnyeee..!

    BalasPadam
  4. belum cuba lagi.akan cuba nanti sebab nampak sedap je tu.
    Janji Kita

    BalasPadam
  5. hmmm... boleh dicuba nanti..

    BalasPadam
  6. Sedappp rabia dah makan dh.

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.