MAJLIS PELANCARAN PRODUK PIDF DAN FINALE FACE OF ZEETA 2018

MAJLIS PELANCARAN PRODUK PIDF DAN FINALE FACE OF ZEETA 2018 | Salam. Hai korang apa khabar? Pada 14 April yang lepas, Uyul telah dijemput sebagai Blogger dan Media untuk Majlis Pelancaran Produk PIBF dan Finale Face of Zeeta 2018 di Ancasa Hotels & Resorts, Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan korang, Uyul merupakan pemenang Contest SEO anjuran Zeeta Pakar Mawar.

Boleh baca dekat sini >>>>>> http://www.uyulrosli.com/2017/09/menang-contest-review-seo-dari-zeeta.html dan baca entri SEO yang Uyul menang di sini >>>>>> http://www.uyulrosli.com/2017/08/rose-face-serum-zeeta-cara-hilangkan.html


Untuk pengetahuan korang, program pada hari tersebut mendapat sokongan penuh oleh TEKUN Nasional, Jabatan Pembangunan Wanita, TV Wanita, Majalah Hijab Fesyen, Ancasa Hotels & Resorts Kuala Lumpur dan dari pihak Richnine Resources Sdn Bhd sendiri.


Menyelit kejap dekat sini. Hehehe. Ehh saya bukan Face of Zeeta yang anda cari.



LATAR BELAKANG ZEETA PAKAR MAWAR

Zeeta bermula sebagai pengeluar produk kecantikan pertama berasaskan mawar organik pada awal tahun 2010. Mengutamakan penggunaan mawar organik dalam pengeluaran setiap produk membuatkan para wanita di luar sana terpaut dengan kelebihan produk keluaran Zeeta. Zeeta kini gah berdiri dengan 9 rangkaian produk terbaik iaitu serum muka, garam mandian, pencuci Miss-V wanita, pati mawar dan wangian terapi.


Produk signature Zeeta iaitu Rose Face Serum telah menguasai pasaran kerana keyakinan pengguna dengan formulasi baru yang berkesan dalam memudarkan parut, kaya dengan anti-oksidan, vitamin E dan C, Omega 3 dan 6, dan berasaskan 100% bahan organik.


LATAR BELAKANG PIBF

Program Insentif Business Founder (PIBF) merupakan satu program insentif selama 2 hari yang memberikan maklumat lengkap untuk menjadi seorang founder yang berjaya pada masa akan datang. Program ini merupakan salah satu cara Pengasas Zeeta, Puan Zaiti Noordin menyumbang semula kepada usahawan wanita di luar sana yang masih tercari cari bantuan dan bimbingan dari sudut real experience seorang founder yang bermula dari kosong dengan modal yang terhad.

Modul program ini menggabungkan semua perkara yang mesti dilakukan dengan betul dan juga smeua kesilapan mesti sedaya upada dielakkan. Semua rahsia perniagaan dikongsi dengan ikhlas dan jujur dengan niat untuk membantu dan berkongsi ilmu dan pengalaman sebenar, praktikal dan relevan.


Menurut Puan Zaiti, program ini adalah sebgai satu sokongan kepada pembabitan wanita dalam bidang keusahawanan supaya mereka memperoleh maklumat yang tepat dan terperinci, telus dan jelas direct dari founder.

Melalui program ini, para peserta didedahkan dengan terperinci perkara perkara yang sangat penting seperti cara cara menulis Unique Selling Point (USP), Business Canvas Model, Cara Mengira Kos, Untung dan Margin, Cara Mengurus Jenama, Money Making Model dan banyak lagi.

Kumpulan pertama program ini telah dihadiri oleh 15 orang peserta dan terus dibimbing selama 3 bulan. 5 orang peserta berjaya melancarkan jenama dan produk mereka hanya selepas 4 bulan.

Kumpulan kedua program PIBF akan bermula pada bulan Jun 2018 dan menyasarkan 25 orang peserta dan 10 orang founder baru.





Pendaftaran untuk tetamu yang hadir.


Founder Zeeta Pakar Mawar kita, Puan Zaiti Noordin.


Ucapan dari wakil Jabatan Pembangunan Wanita.



Gimik perasmian untuk pelancaran produk PIBF.




Kak Hanny Abdullah antara yang turut hadir. Wahh nampak kurus Uyul dalam gambar nih kan. Hahahahaa. Thanks laaa abang Photographer.


Kak Ellie Toh, antara Blogger yang turut serta.


Partner in crime yang sanggup korbankan cuti teman kite pergi event.
Thanks tolong drive jejauh dari JB ke KL.




ANTARA PRODUK PIBF YANG DILANCARKAN







Sempat lagi Uyul bergambar di booth produk PIBF.



PENCARIAN FACE OF ZEETA 2018

Pencarian Face of Zeeta 2018 merupakan satu pertandingan yang mencungkil potensi diri gadis dan wanita yang layak menjadi ikon Zeeta dan idola wanita di luar sana. Semua finalis mempunyai bakat yang pelbagai dan keyakinan diri yang tinggi.

Daya kreativiti finalis sangat tinggi, bersifat sabaf, tinggi inisiatif, berani mencuba dan berusaha ke tahap tertinggi mereka. Mereka ini bijak mengimbangkan tugasan mereka dengan minat dan hobi serta tugas tugas mereka yang hakiki. Selama 5 tahun penganjuran FAce of Zeet, telah ramai ikon Zeeta yang berjaya dicungkil dan digilap potensi mereka dan ini menjadikan Face of Zeeta bukan satu pencarian ikon yang biasa tetapi sesuatu yang berprestij.


Barisan juri untuk pencarian Face of Zeeta 2018.


Puan Zaiti bersama barisan Finale Face of Zeeta.


Comel comel Finale Face of Zeeta kali ini.



Terima kasih diucapkan kepada pihak Zeeta terutama sekali kepada Puan Zaiti sebab sudi jemput Uyul ke majlis ini. Sejujurnya ini adalah program yang julung kalinya Uyul attend. Terharu sangat bila Puan Zaiti tegur Uyul semasa program tersebut berlangsung. 


InshaaAllah Uyul akan terus support Zeeta di masa akan datang! Tapi sebenarnya kalau ada produk sendiri, nak sangat join Program Insentif Business Founder tuh tauu. Agak agak nak keluarkan produk apa tuh?



Regards,
Uyul Cantik

4 ulasan:

  1. tahniah uyul.produk zeeta ni beraroma mawar la ye.
    Janji Kita

    BalasPadam
  2. Uyul pon ada harapan tu jadi Face Of Zeeta

    BalasPadam
  3. wah...jangan nanti uyul pulak jadi duta zeeta...hehehe

    BalasPadam
  4. nape la awak tak join pencarian zeeta tu? awak pun cantik tau

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.