DOMAIN WWW.UYULROSLI.COM DAPAT DISELAMATKAN JUA AKHIRNYA
DOMAIN WWW.UYULROSLI.COM DAPAT DISELAMATKAN JUA AKHIRNYA | Assalamualaikum. Alkisahnya, seketul Uyul yang rajin update blog ni bakal kehilangan domain www.uyulrosli.com yang dah hampir 4 tahun berada di search engine. Huwarghhhh rasa gabra jugak weyhh! Walaupun tak berapa nak rajin ngadap blog sejak dua menjak ni, maklumlah busy betul saudagar Eskem Dapo Uncle ni (cehhh macam macam alasan si Uyul ni ek), tetap rasa sedih lahh kalau betul tak dapat balik domain ni.
Actually domain www.uyulrosli.com ni uyul register pada 8 Disember 2016 dengan Awan Hosting. Fuhhhh 4 tahun weyh! Sebenarnya tak teringat pun domain dah expired. Kebetulan hari tu check email, sekali dapat email dari Awan Hosting. Reminder untuk renew domain. Bila Uyul reply email, tak ada pula dapat reply dari admin. Kebetulan ada nombor WhatsApp tertera dalam email tu. Uyul cuba lah WhatsApp. Selepas dua hari, En Saifu dari Awan Hosting pun reply. Dia bagitahu yang Awan Hosting dah tak provide service hosting dan domain. Dah hampir dua tahun dah company tu close. Uyul punya laaa haihhhh bercampur baur perasaan ni. Habis tu domain www.uyulrosli.com ni bakal terkubur ke? Uyul nak kena buat apa ni?? Alamakk tak nak lah hilang begitu sahaja. Sayang woooo domain nih!
Sekali En Saifu mention yang Uyul boleh transfer domain ke company lain. Hahhh terus WhatsApp Kak Hernee tanyakann pasal NetKL. Bila Kak Hernee kata boleh ke website NetKL je tanya dekat live chat, terus lah Uyul contact admin NetKL. Alhamdulillah, En Hafiz bagi penerangan yang cukup jelas. Syukur sebenarnya yang Awan Hosting pun bagi kerjasama yang baik. Kalau ikut prosedur, untuk transfer domain, perlukan authorization code dari pihak Awan Hosting. Tapi disebabkan NetKL menggunakan Registrar yang sama dengan Awan Hosting iaitu publicdomainregistry.com, so proses pemindahan domain ni boleh guna kaedah push/move je dan tak perlukan EPP Code dari pihak Awan Hosting.
Disebabkan memang tengah WhatsApp dengan En Saifu, terus je lah Uyul inform dia untuk lakukan proses seperti yang pihak NetKL bagitahu tu. Tak sampai seminit, selesai masalah! Domain Uyul ni dah expired, so Uyul kena renew dulu. Caj untuk renew domain adalah RM45. Tapi Uyul add on Privacy Proctection iaitu sebanyak RM15. Maka caj renew setahun adalah RM60. Apa yang bestnya add on Privacy Protection ni, korang boleh tengok dekat gambar bawah ni.
So yes, semua personal infos are hidden in WHOIS. Takde dah lah tertera segala alamat, nombor telefon, email bagai dekat server WHOIS tu. Korang pun boleh check data untuk domain korang dekat https://who.is/.
Finally, lepas je buat payment, terus pihak NetKL iaitu En Hafiz proceed untuk renew domain Uyul. Disebabkan domain ni dah expired, kena tunggu antara 12 ke 72 jam baru boleh appear dekat search engine. Ehhhh tak gais, dalam 4 jam macam tu dah keluar balik dah domain blog Uyul. Alhamdullillahhhhhh. Syukur! Domain www.uyulrosli.com dapat diselamatkan jua akhirnya.
Mati mati kita ingat terkubur terus blog usang ini ya!
Mujurlah dapat balik kan uyul. Alhamdulillah
BalasPadamalhamdulillah..nasiblah tak terkubur terus..ahaks...
BalasPadamAlamak selama ni tak buat pun protection tu T_T.
BalasPadam