HAPPY TWO YEARS, DBM. ALHAMDULLILLAH.
HAPPY TWO YEARS, DBM. ALHAMDULLILLAH | Salam. Fuhhh, dua tahun ehh Syazwani eh. Bukan kaleng kaleng dah dua tahun dengan company sekarang nih. Tapi tuh laa, seketul Uyul memang terkenal dengan kesetiaannya. Maka tak peliklah kalau Uyul boleh kekal dengan company sekarang dah dua tahun. Lama juga tu, padahal dah berapa kali kata nak resign, tak resign resignnya. Macam macam ehh dugaan sepanjang dua tahun nih eh.
Sebelum nih pun, kerja dengan company KOC Industries, pun lebih kurang dua tahun jugak. Yang tuh punya gamble kerja dengan gaji RM1,300 selama dua tahun ehh. Resign pun sebab tak boleh tahan dah gaji tak lepas nak beli kereta. Atleast kena basic RM2,500 baru lepas beli kereta. So on that time, ada rezeki beli kereta sambung bayar dengan Madam Wani (my former lecturer during Diploma). Haihhh kalau nak cerita pahit maungnya, dua hari tiga malam tak habis cerita. Uyul sambung bayar kereta tersebut dan nekad habis nak resign cari kerja kat JB.
So yeah, lepas dapat je kereta kat tangan, terus submit surat resign dengan KOC Industries. Bulan September 2017 dapat kereta, 1 Oktober 2019 terus submit surat resign. Gamble gila kan padahal tak dapat lagi kerja yang secure. Alhamdullillahh, dalam masa dua minggu camtu terus dapat panggilan interview dengan Dualtap Building Management. Fuhh fuhhhh debar debar tau sebab yelahhh lepas dua tahun habis Degree baru nak apply kerja yang sesuai dengan Degree kita tuh.
Ingat lagi, masa tuh datang interview dekat Tropez Residence. Boss pulak yang interview kite. Bedal je lahh dengan takde experience, dengan takde basic langsung dalam dunia Property Management nih. Haihhh. Tapi alhamdullillah. Everything went so smooth. Pagi interview, petang tuh boss dah WhatsApp suruh masuk kerja awal. Sebab masa interview dah bagitahu kita akan masuk selepas sebulan sebab notis sebulan dengan KOC Industries, boss pun okay, makanya kite akan masuk awal Disember 2017 gitu. Tapi tah camne, dua tiga minggu lepas tuh boss inform nak kena masuk awal. Makanya 27 November 2017, officially seketul Nurul start career dengan DBM.
Fuhh fuhhhh. Tak sangka bertahan sampai 2 tahun dengan DBM. Alhamdullillahhh. Apa yang Uyul boleh cakap, DBM ni bagus sangat. Welfare staff terjaga. Macam Uyul, Uyul dah berapa kali plan nak resign. Uyul nak resign sebab stress sangat. Kerja dalam bidang macam ni memang very stressful. Sampai anxiety attack, sampai depression pun ye. Paling serabut bila ingatkan hypo, shaking sebab anxiety attack rupanya. Ada satu tahap tu Uyul dah tak boleh tahan dah. Memang bila doktor bagitahu Uyul anxiety attack, esoknya terus Uyul submit surat resign dekat boss. Unfortunately, surat resign tuh boss decline. Dia minta Uyul sabar sikit lagi dan buat arrangement lain untuk Uyul.
And now, I'm here. With new team, with new experience. Everything new. Boleh gain a new knowledge, a new environment. Mungkin environment sebelum nih dah cukup toxic dah kot sampai tak boleh adapt dah. Penat, job burnout, takde mood nak pergi kerja. So now, with new environment, Uyul dah boleh recover sikit. Atleast. Bila company aware awak sakit, dan dia cuba untuk bantu awak, maknanya awak tak salah bertahan selama nih. Company tahu what is your value to the company. Tapi rasanya tak semua company akan buat perkara sama. Uyul pernah je tanya boss, is there any policy dalam company, kalau kita sakit kita akan dibuang ke? But no, dekat DBM, top management very understanding. Syukur alhamullillah. Mungkin sebab ini Uyul stay bertahan dengan DBM. Banyak ilmu dan pengalaman berharga yang Uyul kutip sepanjang dengan DBM.
So yeahhh, happy two years, DBM. And many more years to go.
Semoga bertahan
BalasPadamHappy 2 years! moga sukses selalu :D
BalasPadamhttp://mylittlestoryi.blogspot.com/
alhamdulillah tahniah ^_^
BalasPadam