JOM MELANTAK DI LANTAK FEST, MYDIN MALL MUTIAR RINI, JOHOR BAHRU

JOM MELANTAK DI LANTAK FEST, MYDIN MALL JOHOR BAHRU | Salam. Menghitung hari sempena Lantak Fest di Mydin Mall, Mutiara Rini, Johor Bahru, Johor. Baru baru ini Uyul ada ke event Meet & Greet Vendor dan Sponsor untuk Lantak Fest yang akan diadakan pada hujung minggu ini 19 sehingga 21 Oktober 2018. Sebagai penaja utama Lantak Fest ini, pihak Mydin Mall, Mutiara Rini dengan rasminya menjadi tapak tumpuan untuk yang julung julung kalinya diadakan. Korang mesti tertanya tanya apa yang dikatakan dengan Lantak Fest nih kan?? Lantak tu biasanya digunakan oleh Singaporean dan Johorean pun tak terkecuali. Bunyik agak kasar, contoh macam kita selalu kata AHHHH LANTAKKKLAAAAH KAU SANA! So disini pihak penganjur memang nak korang MELANTAKKKKK bersama keluarga dan yang tersayang sepuas puasnyaaaa.




Jom kita tengok apa aktiviti aktiviti di Lantak Fest ini.





TAWARAN PENGUNJUNG:

1. Beli sticker LantakFest Memory RM30 (Dapat voucher makan RM10 & peluang cabutan bertuah bernilai RM5,000!)

HADIAH CABUTAN BERTUAH:
**************************
No. 1 - RM1,000 
No. 2 - 1 unit aircond Fujiaire 1.0HP tajaan NM Aircond JB
No. 3 - Pakej rawatan badan RM2,000 tajaan NADI RAWATAN
No. 4 hingga 10 - Peralatan Elektrik
No. 11 hingga 20 - Voucher Mydin 

2. Voucher Belanja Mydin setiap 1 jam untuk 1 pengunjung bertuah!

3. RM8 berbelanja PERCUMA di merchant terpilih dari kalangan Vendor LantakFest dan pasaraya Mydin kepada 100 orang pertama setiap hari. (Dapatkan di Redeemable Counter LantakFest)

4. Voucher-voucher tajaan JOHOHERO bernilai RM600 ribu mesti dihabiskan!

5. Aktiviti-aktiviti booth

Datang jangan tak datang!!



Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk memeriahkan lagi festival ini!

1. Temui Fasha Sandha dan ramai pelakon #DramaSangat TV3! 
2. Battle of Karaoke menyaksikan siapa paling merdu suaranya menyanyi
3. MasterChef LantakFest pertandingan berkumpulan keluarga menyediakan menu dan ditayangkan scecara LIve di FB Page ini.
4. Lantak Doodle yang sudah bermula 1 bulan menyaksikan kreatifnya orang Malaysia
5. Persembahan TITANIUM, band di bawah PINK MUSIC MALAYSIA
6. Persembahan ZULRAMLI Solo Performer dengan petikan gitar hebat
7. Kompang Hipster, acara kompang berirama. Paduu beb!
8. King & Queen LantakFEst 2018..siapa laparrrrrr?
9. Sukaneka aktiviti tradisional antara keluarga dengan keletah masing-masing.
10. Saksikan binatang eksotik di MINI ZOO HAIWAN EKSOTIK
11. Saksikan sendiri pameran Mistik menhidangkan alatan mistik yang digunakan dalam upacara Mistik tersebut
12. Lihat sendiri minyak but-but berusia 20 tahun yang diperam
13. Candy Booth yang superlazat di booth NM Aircond JB
14. Pelbagai produk dan servis serta lebih 30 menu lazat seluruh Malaysia dan luar negara!
15. Saksikan silapmata yang dibawakan oleh rakyat Johor sendiri!

ADA LAGI!!


🎁 🎁Cabutan bertuah dengan nilai terkumpul RM5,000 dan RM10,000 voucher untuk diberikan!! 🎁🎁
.
NAK LAGI??

✔️ Voucher berbelanja MYDIN setiap SATU JAM (1 jam) akan diberikan kepada pengunjung bertuah!!

Saksikan keletah Siti Chubby (Selebriti & Pelakon) sebagai EMCEE LANTAKFEST sepanjang 3 hari ini.


Korang LIKE PAGE Lantak Festival atau Follow IG @LantakFest.

1 ulasan:

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.