LUNCH DATE DI GOKAKO, PARADIGM MALL JOHOR BAHRU

LUNCH DATE DI GOKAKO, PARADIGM MALL JOHOR BAHRU | Salam. Wah wah wahhh. Uyul dah pandai nak lunchdate dah sekarang nih. Hahahaha. Actually, Uyul baru 2 bulan pindah ke JB. Dah kebetulan Paradigm Mall nih pun baru bukak kan. So saja laaa ngajak mamat sorang tuh lunch dekat Paradigm Mall.


Dah jalan jalan kat Paradigm Mall, ofcourse lah lapar kan. Jalan punya jalan, ternampak satu kedai makan Gokako. Nampak dari luar macam kedai makan Jepun, eh was was jugak lah nak masuk. Tapi bila tengok ada orang Melayu yang duduk makan kat situ, why not lah si kaki makan nih mencuba jugak kan.

Masuk je Gokako, terus terbau satu aroma yang lazat. Eh bau macam ayam panggang pun adalahh. Tak tahu nak describe macam mana bau aroma makanan tuh. Sampailah kami di layan oleh pelayan di situ. Bila tengok menu, wahh macam makanan satu Malaysia pun iye.

Korang pelik tak kenapa nama dia Gokako? Actually Uyul pelik tau kenapa laaa dia buh nama Gokako. Uyul pun tanyalah manager dia. Apa maksud Gokako nih. Gokako nih sebenarnya gabungan 3 kaum di Malaysia, Melayu, Cina dan India. Go stand for goreng, Ka nih pulak kari, Ko pulak berasal dari perkataan Cina something like macam cara masak dia lah.

Kalau nak tahu, Gokako Malaysia merupakan Restoran Ayam Panggang berunsur tempatan yang pertama di Malaysia. Ia merupakan restoran francais jenama Malaysia yang mengutamakan perasaan rakyat berbilang kaum di negara kita. Tidak hairanlah hiasan dalamannya  serta menu yang dihidangkan menggunakan unsur-unsur kaum sebagai asas.

Semua bahan makanan adalah melalui pertimbangan, kawalan dan keselamatan yang tegas serta bahan yang sihat dan segar. Makanan di Gokako adalah halal dan sesuai untuk semua kaum.

Gokako merupakan fusion makanan tempatan Malaysia yang inovatif dan kreatif dengan ciptaan yang berani dan baru dari resipi yang unik dengan rempah-rempah yang berbeza untuk melahirkan ayam dan makanan yang berkualiti dan lazat.

Jom layan menu menu Gokako yang Uyul order!

 Tortilla Chips

Appertizer yang semestinya korang cuba. Sementara nak tunggu main dish sampai hehehe.








Honeydew Celery Juice & Rose & Pomegranate Tea

Honeydew Celery Juice tuh kalau korang tak makan sayur, sila jangan berangan order. Tak masal hakak kene habiskan tau. Hahaha. Tapi Rose & Pomegranate Tea memang sedap!

 Gokako Chicken Platter & Masala Fries

Chicken Platter dia tak sama macam dekat Pizza Hut tau. Rasa ayam dia memang sedap mashaallah.

Gokako Teriyaki Chicken Burger

Pumpkin Soup

Zicasa Pizza

Gokako akan launch grand opening pada:
Grand Opening 03/02/2018
Contact Person : 07-2323114
Operations : 10.30am - 10:00pm







Kalau anda ke sini, jangan lupa untuk check-in tau.
Lepas tu boleh dapat voucher minuman 50% potongan harga pada kunjungan yang akan datang.

Caranya:
2. Ambil gambar & check-in FB akaun anda.
3. Hashtag #gokakocheckinpromo
4. Tunjukkan pada cashier semasa pembayaran.

Jom ke Gokako Malaysia di:
Lot 4F-49, Level 4, Paradigm Mall,
Taman bukit Mewah, 81200 Johor Bahru.







10 ulasan:

  1. sedapnyaaaa, bulan 2 nanti ingt nak p paradigm jgak..leh try nanti, nampak sedappp

    BalasPadam
  2. assalamualaikum uyul...lama x singgah ke sini...tengok makanan ni mmg best tapi nak mkn mmg kena jaga2 skg ni...kalau tidak alejik mama ni makin menjadi2...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  3. kemain sedap dia makan hehehe

    BalasPadam
  4. Hai Faiq ada buat segmen Pencarian Bloglist. Jom join

    http://najmi-faiq.blogspot.my/2018/02/segmen-pencarian-bloglist-faiq-najmi.html

    BalasPadam
  5. Uyul ni, letak gambar semua cantik2 , terus kak pip terasa nak makan.. Nasiblah tiada kat sini... Ehem ehem, dah ada jejaka tampan nampak ... LOL ...

    BalasPadam
  6. kiranya menu ni sesuai untuk orang yang diet

    BalasPadam
  7. wah..makanan yang cukup menyelerakan..

    alhamdulillah

    BalasPadam
  8. hurmmmm,,menyelerakan betulll..omgggg..

    BalasPadam

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.