PUAN SRI NILAMASAYU BINTI MAHASSAN


Degree life will be end soon.
Seminggu sahaja lagi.
Seminggu tak lama pun.
Enam hari jer lagi.
MashaAllah.
Kejap nya masa berlalu.



Puan Sri Nilamasayu Binti Mahassan



Haa, inilah dia telinga aku, kepala aku, tangan aku, kaki jer Puan pakai kaki aku sebab dia suka mintak tolong aku ngulor sana sini hantar document haha. Well, inilah dia cikgu aku sepanjang internship period nih. MashaAllah haih. One word. HEBAT! Puan Sri sangat hebat doe. Sangat sangat hebat gila sampai tak boleh describe! Yang paling aku suka sangat, dia suka share experience dia pada aku. Tak lokek langsung bercerita itu ini itu ini.


Dari awal intern sampai lah ke minggu ke 15 nih, ada jer benda dia share sampai aku boleh bersemangat nak kerja, bersemangat nak siapkan homework, bersemangat nak sambung study. MashaAllah. Terima kasih Puan. Terima kasih kerana treat saya sebagai seorang anak didik, bukan staff bawahan.

"Yang penting kalau awak nak confident, awak kena fokus."


Nasihat pertama dia di hari pertama yang aku tak pernah lupa sampai sekarang. Alhamdullillah. Aku bersyukur gila sebab inilah rezeki yang Allah pinjamkan kat aku. Puan Sri. Yepp. Dapat supervisor yang baik, tak pernah aku terfikir.


"Yang penting awak buat Thesis nih, awak tahu apa awak buat. Kalau tak ruginya haih ada Degree."


Puan Sri baik gila doe. Baik gila. Baik gila sampai FYP System pun aku akan refer kat dia. Mintak pendapat dia. Sampaikan FYP Thesis pun aku selalu tanya dia. "Puan, kalau macam nih kan, result dia jadi apa puan, and kalau gini pulak jadi apa pun." Dan dia takkan lokek punya curah idea kat aku, ajar aku cara dia siapkan Thesis. Ajar aku time management, self management. Oh tuh belum lagi kerja kerja clerical yang dia ajar. Memacam doe.


Puan Sri baik gila doe. Baik gila. Siap bagi semangat pada aku masa aku down gila babi sebab en.Merah tinggalkan aku. Yepp, aku tahu doe dia nampak aku nages. Kahkah. Macam bangang jer rasa sebab boleh pulak melalak sambil buat kerja. Siap Puan cakap, "Yang dah pergi tuh, biarkan jer pergi. Satu hari nanti akan ada lelaki yang tahu hargai awak." Padahal langsung tak cerita apa pun dekat dia tahu. Nih mesti kes dia baca status Whatsapp aku yang macam bangang tuh. Kahkah. By the way syukur aku sudah sembuh dari luka-tak-berdarah-bagai-ditusuk-sembilu. 


Kadang kadang Allah sembunyikan MENTARI
Lalu Dia datangkan HUJAN DI TENGAHARI
Kita tertanya tanya kemana hilangnya MATAHARI
Rupa-rupanya Allah berikan kita    PELANGI   


Nak cerita pasal kerja, takkan habis kan? Cuma nya syukur Alhamdullillah. Bermacam macam masalah aku hadapi masa mula mula apply tempat praktikal. Sedang berpraktikal pula diuji dengan kehilangan "dia". Bertambah stress dengan FYP bagai. Rupanya, Allah hadirkan manusia berhati mulia seperti Puan Sri. Yang sentiasa support stranger macam aku nih, yang anggap aku macam anak sendiri. Syukur Subhannallah. Rezeki Allah pinjamkan untuk aku. Semoga Allah rahmati dan berkati hidup Puan. Saya sayang Puan, tau?



Alhamdullillah.


Tiada ulasan:

DISCLAIMER: Comments are welcomed. However, noted that, tasteless and insulting comments may be deleted. Any personal remarks and attacks may be deleted. The same holds true for off-topic comment. Any comments that reek of link spam or marketing messages will be deleted.

I am not responsible for the content in comments other than those made by me, or in blogs, or other online content that I may link to.

Dikuasakan oleh Blogger.