TIPS : JANGAN SUKA KUNYAH AIS, BAHANA AKIBATNYA.
Kebiasaan mengunyah ais (Pagophagia) ternyata mempunyai hubungan yang dekat dengan penyakit Anemia. Hubungan dekat yang dimaksudkan disini adalah ais menjadi tanda fizikal dalam mengetahui apakah seseorang menderita kekurangan sel darah merah atau tidak. Anemia adalah keadaan di mana apabila seseorang mempunyai jumlah sel darah merah di bawah normal (kekurangan pengeluaran sel darah merah). Bahaya Anemia yang sangat parah boleh mengakibatkan kerosakan jantung, otak dan organ tubuh lain, bahkan boleh menyebabkan kematian.
Sebuah hasil kajian terbaru mendapati seorang pesakit anemia yang sering mengunyah ais batu, tahap zat besi di dalam darahnya dapat mencapai batas normal. Tetapi hal ini ternyata mempunyai kesan negatif yaitu dapat membuatkan gigi anda cedera. Selain itu, mengunyah ais batu boleh mencetuskan abses dan melemahkan struktur gigi yang boleh menyebabkan gigi mudah patah dan retak. Selain itu juga tubuh yang mengalami Anemia akan menunjukkan gejala seperti muka pucat, lelah/keletihan, kurang tenaga, mengantuk, sakit kepala, mudah penat bila bersukan, sukar memberikan konsentrasi, mudah lupa dan warna kulit tampak kekuningan, malah memberi kesan pada bahagian putih kornea mata.Mayo Clinic juga menyatakan dalam laman webnya, walaupun latar belakang orang mengunyah ais belum diketahui, tetapi apabila seseorang mengambil ais dalam frekuensi yang kerap, sudah dapat dipastikan bahawa dia mengalami gejala Anemia. Sebagai maklumat tambahan, dalam dunia perubatan, kebiasaan mengunyah ais batu termasuk ke kategori Pica, iaitu masalah perubatan yang mencerminkan keinginan untuk makan sesuatu yang tidak mempunyai nilai pemakanan.
Hai laaa Dekbil...
Bukan sekadar ekau boleh bongkok akibat tulang bengkok, malahan, Anemia pulak.
Kesian pulak aku nengok Adik aku sorang nih.
Suka nau kunyah Ais macam gula gula.
Entry nih khas untuk ekau la Dekbil.
Sumber : Pakcik Google
tq for share..ya memang bahaya kunyah ais batu ni..tak elok utk kesihatan
BalasPadamhai rabia. kan. tapi sdapp.
Padammasa pregnant memang suka kunyah ais..hadehhh
BalasPadam~ Kisahsidairy~
hamboi. masa pregnant naura ke kakk
Padamhehehehe, kannn boleh beku gigi.
BalasPadamassalamualaikum uyul...dulu mama pun suka mkn ais ni tapi dah dilupakan skg...
BalasPadam** Mama Maszull
sedap kan kunyah aissss. hehehe
Padamsaya suka betul kunyah ais.
BalasPadamrasa sehari xdpt, nak nangis. mcm ketagih pun ada.. huhuhu
kannn dah macam ketagih. tapi tu laaa, tak elok.
Padam