TIPS : BERKONGSI ITU MANFAAT
Assalamualaikum..
Pagi-pagi mata segar bugar. Mood result Final Exam masih lagi terasa. Terasa kiranya saya ingin berkongsi tips dengan anda semua. *Ceh, bujet macam ada orang nak bukak blog ekau dan baca entry ekau ini ye?? Eh, ilmu itu satu perkongsian tau tak. Saya berbaik hati nak kongsi Tips adalah kerana seronok dan happy sesangat dengan adik-adik junior saya yang tak sombong dalam mencari ilmu.
Eisya nih saya kenal sebab dia pernah satu Level dengan saya di Kolej Kediaman Tun Teja, UiTM Alor Gajah. Kira macam senior junior la. Dulu saya nih sombong tau kat Level. Tak keluar bilik dan tak campur orang. Tak caya? Tanya la Eisya nih. Last Sem, masa saya study dengan en.Merah, Eisya nih text saya mintak tolong ajar dia subject Record (OMT167) dan Computer and Information Processing (CSC134). Eh, alamak. Kalau Record, saya boleh lah ajar lagi. CSC saya terpaksa lah pass dekat en.Merah suruh ajar sebab dia lagi Pro.
Nak dipendekkan cerita, en.Merah ajar Eisya CSC dalam dua hari. Tatau la Eisya paham ke tak. Tapi tengok gaya memang paham. Then, bila paper CSC, saya tanya dia, oke tak. Eisya kata, dia boleh jawab. Alhamdullillah.. Untuk Record pulak. Sepatutnya last paper saya 16hb Oktober. Paper Record Eisya 18hb Oktober. Jadi saya postpone balik kampung lambat semata-mata nak ajar Eisya dan kawan-kawan dia. Saya cuma ajar mereka setakat yang mana saya mampu. Selebihnya usaha mereka. Alhamdullillah, mereka paham dan boleh jawab exam dengan senang hati. Saya bersyukur bila tadi Eisya call, dia kata dia tak caya boleh dapat keputusan yang memuaskn hati. Alhamdullillah.. Saya bangga dengan adik-adik saya. :)
********************
Ini pulak Aisomuddin. Saya kenal dia since dia Part 1. Sama Batch dengan Eisya. Lepas je dia MDS, dia add saya kat Fb. Tak sangka dia kata dia kenal saya sebab saya nih kakak Manager dia aka Hadi (Adik saya merangkap Manager Pizza Hut). Oke, bangga sekejap dengan Hadi. Cut story sikit, sejak dari tuh, Aiso pinjam semua buku saya dari Part1 sampai lah sekarang nih. Tapi akhir sem, dia pulang balik laa. Saya sayang buku saya woo. Dan alhamdullillah, so far buku saya dijaga dengan elok.
Aiso nih sama la macam Eisya, tak pernah sombong tanya senior pasal pelajaran, selalu mintak pendapat saya untuk apa-apa yang dia tak paham. Aiso nih sepatutnya calon MPP dan YDP OMaC Fakulti saya. Dia pernah mintak pendapat saya berkenaan jawatan tuh. Saya suruh dia terima jawatan tuh, dia tak nak. Dia kata dia takut dengan kemampuan dia. Saya tetap sokong dia biarpun ada segelintir orang memandang rendah dengan keputusan Aiso. Saya tetap bangga biarpun dia cuma adik angkat saya. Ini lah dia adik-adik saya di UiTM.
********************
Satu lagi yang saya terengat. Pasal classmate saya yang saya tak pernah tegur sapa. Al-maklumlah, saya dulu kelas MOM1143B. Bila semester 4, kena tukar masuk kelas MOM1144D bersama dengan beberapa orang kawan saya yang lain. Nak dijadikan cerita, paper first saya paper ECO120. Agaklah senang paper nih sebab mindset saya ECO nih sama macam Account. Rupanya ECO nih macam Maths. *Saya suka belajar Maths.
Masa duk study ECO dengan en.Merah dekat Library, datang lah classmate saya nih sebab nak hantar report event dekat saya memandangkan saya Setiausaha Kelas. Agaknya dia ternampak we olls duk study ECO, dia pun Whatapps saya nak study sama-sama. So, esoknya dia study la dengan saya. Dia banyak tertinggal sebab dia pemain futsal UiTM kitorang. Banyak kali gak dia tak dapat attend klas. Saya dan en.Merah study lah sama-sama dengan dia. Alhamdullillah, memang kepala dia cepat Pick Up, sekali ajar, dah boleh buat yang lain.
Saya agak kecewa lah sebab masa jawab paper ECO tuh, saya rasa soalan dia susahnya lahai. Saya tak risau saya. Tapi saya risau kawan saya dengan en.Merah. Boleh jawab tak diorang ek. Masa jawab exam tuh, masyaAllah kepala nih teregatkan mereka. Saya harap mereka boleh goreng soalan tuh. So far, yang saya tahu, en.Merah boleh jawab dan result dia pun oke :) Alhamdullillah. Untuk kawan saya tuh, saya tatau la dia oke ke tak. Saya harap dia dapat keputusan yang bagus jugak. *Sebab Sir Zack yang hensem memang baik hati dan akan bagi markah yang superbmarvelous! Alhamdullillah~~
********************
Haa, begitulah story morry nya.
So, uols semua dapat tak buat conclusion uols tentang entry nih?
Sebenarnya konsep berkongsi ilmu nih, tak susah mana pun.
Kita bagi ilmu kat orang, orang dapat ilmu, kita dapat double ilmu.
MasyaAllah, para pendidik, lecturer, guru, cikgu, ustazah, ustaz.
Banyaknya ilmu merekakan?
Selain tuh, ingatan kita pun taklah short term memory kalau kita ajar orang.
Lagipun, kita pergi belajar kan memang untuk dapat ilmu.
Abes, kalau orang mintak kita ajarkan dia ilmu yang dah pernah kita belajar, tapi kita jawab,
"Aku tatau la, aku lupa la, aku tak ingatlah, aku belajar untuk dapat A semata-mata lah..."
Apa guna? Ye tak?
Sekian, buat renungan bersama.
Salam sayang,
Montela, suami dan anak-anak.
Adik dekat rumah taknak bagi tips ka?
BalasPadamAdik kat rumah dah pandai la Dekbil
BalasPadamsaya tak risau saya tu ape?
BalasPadammerekakan tu ape? mereka kan ke? mane boleh sambung ayat macam tuh?
BalasPadamMaksud saya en.Merah saya tak risaukan diri saya. Sebab saya boleh goreng soalan ECO tuh. Aihh.. :))
BalasPadam*Suka kondem orang ek?
@Faizi Redza: Ei.. Ahmad Faizi Redza nih suka sangat kondem ayat orang tau.
BalasPadam